Kelas Keusahawan – Penampilan diri bersama Mary kay
9 Julai 2017| Aktiviti Terkini
Pusat Internet 1 Malaysia Lubok Antu mengadakan kelas Keusahawanan penampilan diri bersama Mary Kay konsultan yang disertai 18 orang komuniti Lubok Antu..Kelas ini diadakan pada 8 Julai 2017 bermula jam 8.30 pagi hingga 2 petang bertempat di bilk latihan Pusat Internet Lubok Antu.Tujuan utama kelas ini diadakan adalah bagi membantu dan mendedahkan para peserta mengenai kebaikan perniagaan online dan mempelajari cara untuk menjaga penampilan diri.
Taklimat dan aktiviti penampilan diri dan produk Mary kay diadakan oleh Puan Santi Abit dan Cik Dahliana Sema turut dibantu oleh beauty consultan dari Lubok Antu iaitu Puan Sylla Naka dan Cik Bibila Agai.Antara tujuan lain kelas ini diadakan adalah bertujuan peserta berpeluang peserta untuk mempelajari asas solekan.Peserta juga berpeluang mencuba produk daripada Mary kay dimana mereka juga diberi peluang untuk menyertai bidang perniagaan penjualan produk Mary Kay dan bagaimana untuk menjana pendapatan yang lumayan.
Di samping itu juga dapat menggalakkan komuniti untuk aktif melibatkan diri dengan program dan aktiviti PI Lubok Antu.Antara aktiviti tambahan yang dijalankan adalah taklimat klik dengan bijak (maklumat palsu dan Scammer) dan advokasi iaitu perisian perisian kawalan ibu bapa dan “check your label”.Program ini berjalan dengan jayanya dan mendapat maklumbalas yang positif daripada peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: